Sejarah Subis (kawasan negeri)

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Subis sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Miri-Subis dari tahun 1969 sehingga 1978 dan Lambir dari tahun 1978 sehingga 1990. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Lambir.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Francis Loke dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnya iaitu Lee Foung Chew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Hashim Bin Haji Ladis dari Bebas dan Jackie Yong dari Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebanyak 7,913 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Francis Loke mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 1,728, Lee Foung Chew pula mendapat undian sebanyak 1,420, Hashim Bin Haji Ladis sebanyak 1,387 dan paling sedikit ialah Jackie Yong iaitu sebanyak 832 undi.[2]

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak enam calon bertanding di DUN ini iaitu Salleh Jafaruddin dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS), Usop Wahap dari parti Barisan Nasional (BN), Chong Kon Fatt alias Chong Kow Fatt dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Ali Bin Mana, David Anak La, Linggie Anak Balong dari parti Bebas. Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Subis terletak di Dewan Masyarakat Bekenu di Sibuti, Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak sama dengan tempat penanaman calon iaitu Dewan Masyarakat Bekenu. Kerusi DUN Subis ketika itu dimenangi oleh Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak.[3]